asmaulhusna

Blog Kita

Jumaat, 15 Mei 2009

Rompakan,Ragut dan Kecurian








Kebiasaannya rompakan sering berlaku di kawasan bandar.
Ragut juga sering berlaku dibandar-bandar.Kecurian pun sering berlaku di bandar, namun kebanyakan kecurian berlaku di kampung-kampung.
Di kawasan kampung kecurian biasanya berkenaan dengan segerap getah, binatang ternakan juga yang sering kita dengar berkenaan dengan kabel telekom.
Untuk mengatasi ataupun mengurangkan kadar jenayah seperti kecurian, penagihan najis dadah dan sebagainya, kami penduduk kampung telah menubuhkan pasukan KAWALAN RUKUN TETANGGA-SKIM RONDAAN SUKARELA(KRT-SRS. Boleh dikatakan kampung-kampung berhampiran dengan kampungku telah lama menubuhkan pasukan ini, malahan aku sendiri pun telah lama menyertainya dengan mendaftarkan diri dicawangan kampung jiranku. Ini disebabkan kampungku belum tertubuhnya pasukan ini.
Hari ini teresminya penubuhan pasukan KRT-SRS di kampungku sendiri.Kami bertugas dari jam 12 tengahmalam sampai ke jam 5 pagi
Tugasan kami ialah meronda kawasan kampung, mengadakan sekatan jalan masuk kekawasan kampung.Malahan kami juga meronda sampaike kampung jiran-jiran yang terdapat pasukan KRT-SRS(sebagai ikatan persahabatan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong komen sikit