asmaulhusna

Blog Kita

Ahad, 21 Jun 2009

Alangkah bagusnya.....

Satu masa dulu perkampungan ne adalah perkampungan biasa.Namun kini ianya dikenali ramai. Pelbagai lapisan rakyat samaada dari negeri ini sendiri ataupun dari negeri luar berkunjung kesini. Menteri2 hatta yang "tertinggi" pun menjejaki kaki. Inilah MANEK URAI. Tuahnya hanyalah kerana "pemegangnya" telah pulang kerahmatullah. Manek Urai berubah wajah hanya kerana ini. Tapi, lepas ini apakah yang akan terjadi? Berapa tahun lagikah perkara seumpama ini akan berlaku kembali? Alangkah bagusnya kiranya kerajaan yang memerintah tak kira bagi negeri ataupun persekutuan sering melawat kesini, melihat apakah yang diperlukan oleh penduduk di sini. Mungkinkah manik-maniknya sedang di urai-uraikan? ALANGKAH BAGUSNYA KIRANYA INI TERJADI....

Rabu, 17 Jun 2009

Tetamu x diundang

Semalam sedang aku dan pasukan aku bertugas..tiba2 kami dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang .Hohoho Apa lg kami sambut kedatang tetamu dengan tangan menggenggam kayu.




Berpantang Maut sebelum Ajal


Minggu lepas sekolah masih dalam percutian. Maklum ajelah kalau musim cuti sekolah ramai pulak mengambil kesempatan cuti sekolah ni.Ada yang bawa keluarga makan angin dan banyak juga yang mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis khenduri kahwin. Yang pastinya jalanraya sebuk dengan kenderaan yang bersimpansiur. Satu kemalangan telah berlaku bersebelahan kedai aku. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku. Daripada mulut pemandu, mengantuk adalah penyebab kemalangan ini.Itulah akhibat digagahi juga rasa mengantuk itu. Rehatlah seketika. keselamatan lebih penting. Berhati-hati dijalanraya!

Khamis, 4 Jun 2009

Anakku menang

Baru2 ni sekolah anakku telah mengadakan sukan tahunan. Anakku menang nombor 1 dan 2. Walaupun hadiahnya hanyalah tupperware, yang pastinya sebagai semangat kepada mereka untuk aktif bersukan. Majulah sukan untuk negara.