asmaulhusna

Blog Kita

Ahad, 21 Jun 2009

Alangkah bagusnya.....

Satu masa dulu perkampungan ne adalah perkampungan biasa.Namun kini ianya dikenali ramai. Pelbagai lapisan rakyat samaada dari negeri ini sendiri ataupun dari negeri luar berkunjung kesini. Menteri2 hatta yang "tertinggi" pun menjejaki kaki. Inilah MANEK URAI. Tuahnya hanyalah kerana "pemegangnya" telah pulang kerahmatullah. Manek Urai berubah wajah hanya kerana ini. Tapi, lepas ini apakah yang akan terjadi? Berapa tahun lagikah perkara seumpama ini akan berlaku kembali? Alangkah bagusnya kiranya kerajaan yang memerintah tak kira bagi negeri ataupun persekutuan sering melawat kesini, melihat apakah yang diperlukan oleh penduduk di sini. Mungkinkah manik-maniknya sedang di urai-uraikan? ALANGKAH BAGUSNYA KIRANYA INI TERJADI....

Rabu, 17 Jun 2009

Tetamu x diundang

Semalam sedang aku dan pasukan aku bertugas..tiba2 kami dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang .Hohoho Apa lg kami sambut kedatang tetamu dengan tangan menggenggam kayu.




Berpantang Maut sebelum Ajal


Minggu lepas sekolah masih dalam percutian. Maklum ajelah kalau musim cuti sekolah ramai pulak mengambil kesempatan cuti sekolah ni.Ada yang bawa keluarga makan angin dan banyak juga yang mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis khenduri kahwin. Yang pastinya jalanraya sebuk dengan kenderaan yang bersimpansiur. Satu kemalangan telah berlaku bersebelahan kedai aku. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku. Daripada mulut pemandu, mengantuk adalah penyebab kemalangan ini.Itulah akhibat digagahi juga rasa mengantuk itu. Rehatlah seketika. keselamatan lebih penting. Berhati-hati dijalanraya!

Khamis, 4 Jun 2009

Anakku menang

Baru2 ni sekolah anakku telah mengadakan sukan tahunan. Anakku menang nombor 1 dan 2. Walaupun hadiahnya hanyalah tupperware, yang pastinya sebagai semangat kepada mereka untuk aktif bersukan. Majulah sukan untuk negara.

Isnin, 25 Mei 2009


Bertugas sambil B.B.Q

Tilawah Al-quran

19hb mei lalu, satu majlis tilawah al-quran peringkat Tanah Merah telah diadakan di kampung ku.





perserta



penonton

Khamis, 21 Mei 2009

PPRT

Korang taukan makna PPRT. Satu tajuk akhbar yang aku baca yang memang banyak terjadi di kampung aku. Beberapa orang yang memiliki taraf permastautin, memiliki tanah 2/3 tempat dapat Projek Perumahan Rakyat termiskin. Aku pun tak tau camna diorang boleh lulus permohonan ni. Mesti pegawai yang bertugas mendapat imbuhan. Aku cakap ni berdasarkan penglihatan. Tiap2 tahun mereka yang telah tersenarai nama mendapat bantuan. Kalau musim banjir, mereka ini langsung tiada berkaitan dengan banjir pun dapat bantuan. Heran bin ajaib! Sedangkan mereka yang betul2 memerlukan langsung tidak mendapatnya. Nak katakan berlainan parti, mereka sesama parti. Kena baik(bodek) dengan pegawai kot? Entahla! Yang pasti selagi pegawai jenis ni ada selagi itu malaysia takan mencapai miskin sifar!


petikan dari kosmo

Sabtu, 16 Mei 2009

Baru 2 malam...


lg citer psl KRT-SRS...
baru 2 mlm broperasi..kjadian x dingini brlaku.
bkn rampokan!Ragut pn bkn! Apa lg kcurian....
ne tntg kmalangan maut. KRT-SRS kgku yg mula2 beri bntuan. Kjadian ne brlaku brhampiran markasku.

sambungan......

Ku nk truskan citer tntg lima prkataan ejaan dr depanbelakang bunyinya sama. Pastinye ramai yg tau kn? Btol!!! 5 markah utk anda. Jawapanye mmg K.A.T.A.K!
Brcerita tntg katak...tringt cerita Raja Katak yg kna sumpah. Bila ade puteri cium baru ilang sumpahnye.
Yg ku nk citer sngt psl katak ne..dh lama ku idup kt muka bumi ne, baru kali ne ku jumpa katak bergerutu a.k.a katak puru yg sngt besornye...Kot-kot katak ne puteri kna sumpah. Tp idak le aku nk ciumnye. teman geli ngan katak.
Tp kn sempat gak teman brkomunakasi nganye.
Diantara prckpan teman nganye....

Teman:Ong..Ong?(ne bhasa katak)mksudnye pa kabor?
Katak:Ork..Ork! (baik2!)
Teman:Orkong...Ong?(Badan Kao Besor.Mkn Ape?
Katak:Ouk..Ouk?(makan?)
Teman:Ork..Ouk..Ongong? Kau mkn nyamuk?
Katak:Orek..Oring(x Nyamuk kecik)
Teman:Orek Ouk? (lalat?)
Katak:Orek (Kecik)
Teman:Oung..rekrek? (BAxx?)
Katak:Oukrek krekkrek grekkk!(eesssh..takut-takut!
Teman:Krekrek ough? (takut ape?)
Katak:Krekrek grouk....... (takut selesema.......)


ne bkn camera trip! prhatikn daun cempedak. lihat bertapa besarnya katak tu!
***end of part 1

Hohoho.......

jeng...jeng... ne ku nk citer kt korang..
1. citer tntang lima perkataan dieja depan blakang bnyinye sama
2. Tntang pelayar web versi baru
3. tntang.....????
tp oleh krane 2 lg mateku trtggl kt umah(traba2 ne) jd....
maknenye bersambungle..

Rasuah.

RASUAH! Bila sebut Rasuah, terbayang kat otak kita membabitkan Jabatan Polis, Kastam, Imigresen dan kebanyakkan jabatan kerajaan yang berurusan dengan orangramai seperti pejabat Tanah dan lain2 lagi.
Tapi tahukah kita, sebenarnya rasuah berlaku disegenap sudut lapisan kehidupan masyarakat.
Kita sendiri pun tidak terkecuali dari memgamalkannya.Contohnya (kalau yang ada anak)kita nak anak2 kita berlajar dengan bersungguh2 kita kata nak bagi hadiah kalau keputusan cermelang.Nak bagi itulah inilah. Walaupun nampak sebagai galakan namun sebenarnya kita menjurus kepada pengajaran rasuah untuk anak2 kita. Kita telah mendidiknya. Jadi bagaimana kita nak hapuskannya?

Unifom bertugas

Jumaat, 15 Mei 2009

Rompakan,Ragut dan Kecurian








Kebiasaannya rompakan sering berlaku di kawasan bandar.
Ragut juga sering berlaku dibandar-bandar.Kecurian pun sering berlaku di bandar, namun kebanyakan kecurian berlaku di kampung-kampung.
Di kawasan kampung kecurian biasanya berkenaan dengan segerap getah, binatang ternakan juga yang sering kita dengar berkenaan dengan kabel telekom.
Untuk mengatasi ataupun mengurangkan kadar jenayah seperti kecurian, penagihan najis dadah dan sebagainya, kami penduduk kampung telah menubuhkan pasukan KAWALAN RUKUN TETANGGA-SKIM RONDAAN SUKARELA(KRT-SRS. Boleh dikatakan kampung-kampung berhampiran dengan kampungku telah lama menubuhkan pasukan ini, malahan aku sendiri pun telah lama menyertainya dengan mendaftarkan diri dicawangan kampung jiranku. Ini disebabkan kampungku belum tertubuhnya pasukan ini.
Hari ini teresminya penubuhan pasukan KRT-SRS di kampungku sendiri.Kami bertugas dari jam 12 tengahmalam sampai ke jam 5 pagi
Tugasan kami ialah meronda kawasan kampung, mengadakan sekatan jalan masuk kekawasan kampung.Malahan kami juga meronda sampaike kampung jiran-jiran yang terdapat pasukan KRT-SRS(sebagai ikatan persahabatan)
Blog Bersama

Selasa, 12 Mei 2009


Ingin tambah pendapatan? Tak salah mencuba! Klik sini untuk mengetahui.

Isnin, 11 Mei 2009

sbonarnye aku malas nk nulis. kepala brserabut. Sjk ekonomi jatuh ne, prniagaan kurang smbutan(org xde duitle)utang bnyk...bnyak nk pikiq tang nk bayor kad kredit yg 2/3 kpg, ansuran keta,pnjaman Mara, Tekun, peti frozen, peti air, mesen photostat. Kpala yg tgh sakit mkn sakit..nk siapkn bangunan kedai baru aku pon kna pakai duit bnyak. Mana nk cari duit ne! Buat projek ngan rakan pon lum start lg. suma nk pakai duit.aaarrrgh! tension tol le.....tp kn idup kna truskn gak.Mkn ada hikmah dari kejatuhan ekonomi ne. ye le utk kita lain x brjimatcrmat. Jngan boros. Korang amik iktibar dari pngalaman aku ne. Maintain baik2 tau...








moral:-
sentiasa bijak berbelanja.

Ahad, 10 Mei 2009

Bumi


Sayangi bumi kita

Sabtu, 2 Mei 2009

award


award yg diberikan oleh adib

Khamis, 30 April 2009

aset


Bertambah lagi satu aset aku. Lagi sorang Putera. 23 mac lalu iaitu 2 hari sebelum hari lahir aku. Zareef nama diberi.


Dato Najib dah selamat.Dah jadi Presiden UMNO. Dah Jadi Perdana Menteri. Haji Hadi bagaimana pula. Apakah Selesa pada Jun ini?

Berbasikal


Pasukan berbasikal Jelajah Malaysia ketika melalui hadapan kedai aku.
Betapa pantasnya mereka hinggakan aku tak sempat menggambil gambar.

Ahad, 19 April 2009

jum le...






Mengapa tidak kalau percuma...



"Why not get paid to leave a comment?" cube masuk le...

Sabtu, 18 April 2009

Berbudi kepada tanah... inilah hasilnya. Usahasama antara aku dengan sebuah syarikat bumiputera. Keterangan lanjut di sini

Allah maha besar. Dia menjadikan apa yang Dia khendaki. Aku menjumpai keajaiban pokok pisang ini ketika memikat burung(di sini duniaku) di puncak sebuah bukit.

Proton MPV. Satu kebangaan rakyat Malaysia?
(photo oleh ztecon)
Di sini duniaku! Di mana? Di dunia ne le mana lagi....Di sini duniaku.......aku menghabiskan sisa2 hidupku dengan alam perniagaan dengan alam binatang dengan alam siber yang masih baru bagiku. Harap korang semua dapat menghiasi duniaku di sini dengan keceriaan sementara masih bernafas....